← Back to list
Keputusan Mengenai Undi 18 Dijangka Dibuat Minggu Depan.
Apr 01, 2021
Keputusan mengenai Undi 18 dijangka dibuat minggu depan.
Menteri Belia dan Sukan berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.
Dato' Sri Reezal Merican menyarankan mungkin Undi 18 boleh dilaksanakan dahulu jika proses pendaftaran pemilih automatik belum selesai dan rumit.
SPR sebelum ini memaklumkan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan, akibat beberapa kekangan.
la termasuklah pelaksanaan PKP sejak setahun yang lalu.
Bekerja dari rumah masih perlu dilaksanakan oleh semua majikan termasuk sektor swasta.
CUEPACS berpendapat ia membantu mengekang penularan wabak COVID-19 yang masih mencatatkan 4 angka.
Malah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan masih lagi di peringkat fasa pertama.
Justeru katanya, BDR masih perlu sebelum negara benar-benar pulih atau mencapai imuniti kelompok.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan majikan boleh mengarahkan kehadiran penuh pekerja bermula hari ini.
Wanita tertua di Malaysia berumur 110 tahun di Pulau Pinang.
Nenek berusia 110 tahun di Pulau Pinang diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai wanita tertua di negara ini.
A Annamah yang menyambut hari jadinya semalam dilapor mengamalkan puasa seminggu sekali dan makan herba sebagai petua panjang umur.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather