← Back to list
Kawalan di Plaza Tol dan Sempadan Negeri Diperketatkan.
Apr 22, 2021
Polis memperketatkan lagi kawalan di plaza tol dan setiap jalan masuk sempadan negeri.
Ia bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 yang melebihi 2,000 kes sejak seminggu lalu.
Polis juga mengulangi peringatan bahawa rentas negeri bagi tujuan pekerjaan, perubatan dan pendidikan hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis.
Bagi tujuan kecemasan dan kematian pula, kebenaran diberi jika ia melibatkan ahli keluarga terdekat.
3 lagi jajahan di Kelantan dikenakan PKP iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
Ia bermula hari ini dan tamat serentak dengan 7 jajahan yang lebih awal dikenakan PKP iaitu pada 29 April.
Semalam Kelantan mencatatkan 370 kes baru COVID-19.
Sekolah-sekolah di Pahang yang mencetuskan kluster COVID-19 akan dikompaun.
Menurut Ketua Polis Pahang, kompaun akan dikeluarkan jika ia terbukti berpunca daripada pengabaian SOP.
Namun jelas beliau, ia adalah tindakan terakhir selepas pelbagai langkah dilakukan tidak dipatuhi sekolah terbabit.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather