← Back to list
Masih Rendah
Apr 27, 2021
Masih Rendah
Pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan masih rendah dan belum mencapai sasaran.
Menurut Menteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, setakat ini hanya 38 peratus daripada populasi tampil mendaftar.
Bagaimanapun, pihaknya jangka jumlah itu akan meningkat kepada 50 peratus dalam tempoh 2 bulan ini.
Ujar Khairy lagi, masih banyak usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk negara mencapai sasaran ditetapkan iaitu melebihi 80 peratus.
Kerajaan Sedia Pertimbang
Kerajaan sedia mempertimbangkan pemberian vaksin COVID-19 kepada penerima berusia bawah 18 tahun.
Kumpulan umur yang dimaksudkan ialah berusia 12 hingga 17 tahun.
Ia bergantung kepada data ujian klinikal yang akan diterima daripada syarikat farmaseutikal antarabangsa, Pfizer.
Murid Tak Dihukum
Murid yang tidak hadir ke sekolah kerana ibu bapa bimbang situasi COVID-19 tidak akan dihukum!
Namun menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ibu bapa perlu memberitahu pihak sekolah lebih awal.
Kementerian juga menasihatkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak yang bergejala ke sekolah.
KPM turut mengumumkan semua murid akan menjalani pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) selepas cuti Aidilfitri.
Ia bertujuan mengelak risiko jangkitan COVID-19 di sekolah selepas cuti perayaan berkenaan.
PDPR akan berlangsung selama 2 minggu dan selepas itu murid bercuti penggal pula kira-kira 16 hari.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather