Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Kerajaan Nilai Semula PKP

May 02, 2021


Kerajaan Nilai Semula PKP

Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan PKP yang sedang berkuat kuasa.

Menurut Perdana Menteri, ia khususnya di negeri-negeri yang mengalami peningkatan kes COVID-19 secara mendadak.

Jelas Tan Sri Muhyiddin Yasin, ia penting untuk memastikan SOP dan tindakan yang diambil berkesan membendung penularan COVID-19 yang sedang meningkat di Malaysia dan seluruh dunia.

Sementara itu sumber memaklumkan The Star, pengumuman berkaitan dijangka dibuat hari ini.

Menurut laporan berkenaan juga, negeri dan wilayah yang dijangka dikenakan PKP ialah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak dan ia dikatakan bermula esok.

Ia menyamai pelaksanaan PKP 2.0 pada Januari lalu yang dikuatkuasakan di sejumlah kawasan.

Ia turut bermakna aktiviti ekonomi dibenarkan namun sekolah ditutup dan aktiviti sosial dilarang.

Makan di dalam premis menjual makanan atau restoran juga tidak dibenarkan.

 

 

4 Kaedah Pulang  Beraya Untuk Pelajar Asrama

4 kaedah perjalanan ditetapkan untuk pelajar asrama sekolah, tingkatan 6 dan kolej vokasional (KV) yang dibenarkan pulang sempena Aidilfitri.

Kaedahnya ialah menaiki bas yang disediakan pihak sekolah, dijemput ibu bapa atau penjaga, atau pengangkutan udara dan air misalnya di Sabah dan Sarawak.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bagi pelajar kolej tingkatan 6 dan KV mereka boleh menaiki kenderaan sendiri.

Pergerakan pulang pelajar dilakukan secara berperingkat mulai 6 dan 7 Mei mengikut kumpulan negeri.

Institusi Pendidikan yang terlibat juga akan memaklumkan jadual pergerakan dan mengeluarkan surat pengesahan.

Bagaimanapun bagi pelajar yang dikuarantin dan asrama berada di kawasan PKPD, mereka perlu kekal di asrama sehingga tempohnya tamat.

 

 

Permohonan Sukarela Vaksin AstraZeneca Dibuka

Pemohon sukarela yang mahu menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca sudah boleh mendaftar menerusi laman web ‘vaksincovid.gov.my’.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemohon yang berdaftar boleh pilih tarikh dan pusat pemberian vaksin (PPV) bagi mendapatkan vaksin tersebut.

Penerimaan vaksin jenis itu dilakukan secara sukarela selepas kerajaan menimbangkan kegusaran masyarakat terhadap keselamatannya.

Ia susulan vaksin jenis AstraZeneca dikaitkan dengan beberapa insiden pembekuan darah di beberapa negara namun dengan jumlah yang amat kecil.

 

 

Sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, The Star, Kosmo, Berita Harian, FB Ketua Pengarah Kesihatan & Internet


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }