← Back to list
Polis siasat dakwaan Neelofa dan suami rentas negeri lagi
May 03, 2021
Polis siasat dakwaan Neelofa dan suami rentas negeri lagi
Foto - FMT
Polis siasat dakwaan pasangan selebriti, Neelofa dan suaminya, PU Riz sekali lagi merentas negeri membeli permaidani di Nilai 3.
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya akan memanggil pasangan selebriti tersebut untuk memberi keterangan.
Terdahulu, tular di media sosial video dan gambar Neelofa dan suami dipercayi berada di sebuah premis perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan.
-----
Kluster rentas negeri masih tinggi
Foto - Kosmo!
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 13 kluster jangkitan COVID-19 berkaitan aktiviti rentas negeri sejak April lalu.
Ini termasuklah satu kluster di Kelantan yang dikesan berkaitan varian dari Afrika Selatan membabitkan 10 individu.
Berikutan itu, aktiviti rentas negeri tidak akan dibenarkan hingga 17 Mei ini sehingga pengumuman seterusnya.
-----
Kes harian COVID-19 turun sedikit, Selangor kekal tertinggi
Foto - The Star
Sebanyak 2,500 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan di seluruh negara, hari ini.
Selangor tertinggi dengan 637 kes diikuti Kelantan (401), Sarawak (356) dan Johor (205).
18 lagi kematian terbaru dilaporkan menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 1,551.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather