← Back to list
PKP Dikuatkuasakan Di Seluruh Negara Mulai Esok.
May 11, 2021
PKP akan dikuatkuasakan di seluruh negara bermula esok hingga 7 Jun.
Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat berdasarkan trend kes harian COVID-19 yang semakin meningkat.
Antara perkara yang dilarang adalah:
Aktiviti rentas daerah dan negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.
Semua bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri, majlis perkahwinan dan sebarang bentuk seminar dan mesyuarat secara bersemuka.
Semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan individu di kawasan terbuka seperti jogging dan berbasikal.
Makan atau dine-in di restoran dan kedai makan.
Sementara itu, SOP sambutan Aidilfitri juga berubah apabila ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur tidak dibenarkan.
Solat sunat Aidilfitri dibenarkan dengan kehadiran jemaah maksimum 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah.
Manakala maksimum 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.
Bilangan individu di dalam kenderaan persendirian dihadkan kepada 3 orang sahaja termasuk pemandu.
Dalam pada itu, semua institusi pendidikan ditutup sepanjang tempoh PKP.
Pengecualian bagaimanapun diberikan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa.
Pusat asuhan kanak-kanak, TABIKA, TADIKA dan TASKA dibenarkan beroperasi mengikut SOP bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga.
Bagaimanapun, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi dengan SOP ketat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather