← Back to list
Masih Ada Salah Guna & Tipu
May 19, 2021
Masih Ada Yang Salah Guna & Tipu
PDRM akan lebih teliti dalam mempertimbangkan permohonan rentas daerah dan negeri.
Ia susulan ada segolongan masyarakat dikesan masih menyalahgunakan kebenaran itu malah melanggar SOP.
Pasukan itu juga mengulangi komitmen mereka membantu usaha kerajaan mengekang penularan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat.
Keluar Hanya Bila Perlu
Masyarakat digesa melakukan kawalan pergerakan kendiri bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Ia susulan tekanan hebat yang dihadapi sistem perkhidmatan kesihatan negara ekoran lonjakan kes.
Tegas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kawalan pergerakan kendiri boleh dilakukan dengan hanya keluar rumah jika ada urusan penting dan mematuhi segala SOP.
KKM juga meminta majikan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa.
Sabah Arah Kuarantin Wajib 14 Hari
Sabah menguatkuasakan arahan kuarantin wajib 14 hari ke atas individu yang masuk ke negeri itu.
Ia mula berkuat kuasa esok dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Sabah mencatatkan 95 kes baru manakala kes harian di seluruh negara semalam ialah 4,865.
Selangor kekal mencatatkan angka tertinggi iaitu 1,743 diikuti Sarawak 512, Kuala Lumpur 47 dan Johor 407.
Malaysia juga merekodkan angka kematian tertinggi baru akibat COVID-19 iaitu 47 orang.
Kereta MB Kedah Dibida Tinggi Demi '#Aid4Palestine'
Kereta Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berjaya dijual dengan bidaan 150 ribu ringgit.
Semua hasil jualan akan disumbangkan ke tabung '#Aid4Palestine' bagi misi bantuan untuk penduduk Palestin.
Sementara itu, ujian saringan COVID-19 tidak lagi dapat dilakukan di Gaza.
Ini selepas satu-satunya makmal bagi mengesan pandemik itu dibedil dalam serangan udara tentera Israel.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather