← Back to list
Penggunaan Katil Di ICU Capai Kapasiti 83 Peratus.
May 21, 2021
Penggunaan katil di ICU seluruh negara sudah mencapai kapasiti 83 peratus.
Ketua Pengarah Kesihatan berkata sebanyak 32 hospital kerajaan merekodkan penggunaan katil yang tinggi melebihi 70 peratus.
Situasi itu katanya membuatkan sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar.
Justeru, Tan Sri Dr Noor Hisham menyeru masyarakat agar lakukan kawalan pergerakan kendiri dengan kekal berada di rumah.
Jika terdapat urusan penting di luar, pastikan SOP sentiasa dipatuhi dengan penuh disiplin.
Dalam pada itu, Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan cadangan pelaksanaan PKP penuh di seluruh negara.
Ia susulan kes harian Covid-19 di negara ini melepasi angka 6 ribu sejak Rabu lalu.
Dakwaan kes pemberian vaksin AstraZeneca kurang daripada dos sepatutnya disiasat.
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung dakwaan kes pemberian vaksin AstraZeneca kurang daripada dos sepatutnya kepada 2 orang penerima, baru-baru ini.
Badan Bertindak Imunsasi COVID-19 berkata pihaknya sentiasa mementingkan mutu perkhidmatan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mereka yang tidak memenuhi mutu yang ditetapkan.
Hamas dan Israel setuju gencatan senjata.
Pejuang Hamas dan Zionis Israel setuju mengadakan gencatan senjata dalam usaha mengakhiri pertempuran selama 11 hari sejak akhir Ramadan lalu.
Perkara itu disahkan jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Serangan Israel itu telah mengakibatkan lebih 230 penduduk Palestin maut dan lebih 1,900 cedera.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather