← Back to list
PKP : Kanak-kanak Dilarang Berada Di Tempat Awam
Jun 02, 2021
Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dilarang berada di tempat awam sepanjang PKP.
Menurut MKN, pengecualian hanya diberikan untuk mereka mendapatkan rawatan, kecemasan, pendidikan atau latihan.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan dedahkan lebih 82,000 kes positif Covid-19 yang direkodkan di negara ini melibatkan golongan kanak-kanak.
PKP : Kenderaan di jalan raya berkurangan.
Hari pertama pelaksanaan PKP Penuh semalam menyaksikan pergerakan kenderaan di jalan raya berkurang hingga 70 peratus.
Menteri Dalam Negeri berkata ia membuktikan ramai rakyat memahami matlamat kerajaan mengurangkan pergerakan dalam negara ketika ini.
Pihaknya dalam pada itu menjelaskan kesesakan yang berlaku di sekatan jalan raya adalah kerana polis perlu memastikan pengguna mengikut kaedah yang diluluskan.
KPT kenal pasti 19 PPV IPT.
Kementerian Pengajian Tinggi kenal pasti 19 pusat pemberian vaksin, PPV IPT yang mampu memberikan 14,000 dos vaksin sehari.
Jelasnya, tambahan PPV di universiti awam itu akan bantu mempercepat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Ia antaranya melibatkan UPSI, UPM, UiTM Shah Alam dan Puncak Alam.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather