← Back to list
60 Kluster Perayaan Aidilfitri dan Hari Gawai Dikesan.
Jun 11, 2021
60 kluster perayaan berpunca daripada sambutan Aidilfitri dan Hari Gawai dikesan setakat ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, 58 kluster membabitkan sambutan Aidilfitri manakala selebihnya adalah Hari Gawai.
Daripada lebih 13,000 individu yang disaring, kira-kira 3,500 katanya disahkan positif Covid-19 dan 20 kematian telah dicatatkan.
Sabah mencatatkan kluster perayaan tertinggi dengan 11 kluster, diikuti Sarawak dan Kedah.
Justeru, Tan Sri Dr Noor Hisham gesa orang ramai agar kekal di rumah jika tiada keperluan mendesak di luar dan daftarkan diri untuk mendapatkan vaksin bagi mencapai imuniti kelompok.
Jangkitan harian COVID-19 kembali di bawah angka 6,000.
Kes harian Covid-19 kembali turun di bawah angka 6,000 apabila 5,671 kes dilaporkan semalam.
Lebih 7,000 pesakit sembuh, terus mengatasi kes baru.
73 kematian akibat COVID-19 direkodkan dengan mangsa termuda ialah remaja berusia 13 tahun yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.
Dokumen sokongan tidak diperlukan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN.
Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan untuk mohon lanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN.
Jelas PTPTN, peminjam yang terjejas punca pendapatan ekoran pandemik COVID-19 boleh buat permohonan secara dalam talian sehingga 31 Ogos.
Penangguhan selama 3 bulan diberi bermula daripada bulan permohonan diluluskan dan proses kelulusan cuma mengambil masa 3 hari bekerja.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather