← Back to list
Pengambilan lebih 18 ribu guru akan dibuat bulan depan
Jun 20, 2021
Pengambilan lebih 18 ribu orang guru mulai bulan depan
Kementerian Pendidikan akan buat pengambilan guru baru seramai lebih 18 ribu orang secara one off.
Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia membabitkan pengambilan bagi jawatan bergred DG41.
Jelasnya, pengambilan tersebut sebagai langkah untuk menampung kekurangan guru di seluruh negara terutamanya Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.
Iklan pengambilan jawatan tersebut akan disiarkan pada 7 Julai dan penempatan secara berperingkat akan bermula pada Oktober.
---
Kerajaan kaji pendekkan masa suntikan vaksin dos kedua
Kerajaan akan kaji kemungkinan untuk memendekkan tempoh masa pemberian dos kedua vaksin AstraZeneca.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perkara tersebut bergantung kepada laporan pakar jika tempoh 12 minggu boleh dipendekkan kepada 6 minggu.
Tambahnya, kajian juga perlu dibuat sama ada penerima memerlukan kesan perlindungan maksimum daripada dos kedua dengan lebih cepat atau sebaliknya.
Kerajaan juga akan menjalankan kaedah ‘suntik dahulu, daftar kemudian’ kepada mereka yang sukar mendapat akses pendaftaran vaksinasi.
Kaedah tersebut disasarkan terutamanya kepada golongan yang berada di pedalaman dengan mengaktifkan pasukan bergerak membabitkan kerjasama pelbagai kementerian.
Ia bagi mempercepat fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang melibatkan warga emas, OKU dan mereka yang berpenyakit kronik.
---
Imuniti kelompok boleh dicapai November atau Disember
Imunisasi kelompok boleh dicapai menjelang November atau Disember.
Itu kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu webinar malam tadi.
Namun katanya, imunisasi kelompok tersebut bergantung kepada peningkatan vaksinasi dalam negara.
Jelasnya, vaksinasi ini dijadikan sandaran kerana sudah lebih setahun rakyat Malaysia berperang dengan COVID-19 yang mengakibatkan kelesuan mental dan fizikal rakyat.
Semalam, jumlah kes positif seluruh negara turun sedikit kepada bawah 6 ribu kes dengan Selangor kekal merekodkan kes tertinggi.
Angka kematian pula meningkat kepada 4,348 kes dengan 72 kematian dicatatkan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather