← Back to list
Op Bantu Dilancarkan.
Jul 07, 2021
Op Bantu dilancarkan untuk bantu individu terputus bekalan makanan di seluruh negara.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, ia babitkan agihan hampir 50 ribu bakul makanan di semua IPD yang dijadikan pusat pengagihan dan penyimpanan bantuan.
Mana-mana individu terputus bekalan makanan katanya diminta hadir atau hubungi IPD berhampiran bagi mendapatkan bantuan segera.
Agihan bekalan vaksin fokus negeri tinggi kes Covid-19.
Pengagihan bekalan vaksin kini tertumpu ke arah negeri yang mempunyai kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata negeri dan wilayah yang jadi sasaran pengagihan vaksin bulan ini ialah Selangor, KL, Labuan, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Permohonan moratorium bermula hari ini.
Individu, perusahaan mikro dan PKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19 boleh mohon moratorium selama 6 bulan mulai hari ini.
Pemohon tidak perlu bimbang kerana kelulusan akan diberikan secara automatik tanpa perlu dokumen sokongan.
Ia selaras dengan pakej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather