← Back to list
Keberkesanan Vaksin Sinovac Dan Pfizer Sama.
Jul 21, 2021
Vaksin Sinovac dan Pfizer mempunyai keberkesanan yang sama dalam melawan virus COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan berkata berdasarkan data, tidak banyak perbezaan antara kedua-dua vaksin tersebut dalam penggunaan secara praktikal.
Tambah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-duanya sangat efektif dalam mengelakkan penyakit teruk akibat COVID-19 sehingga dimasukkan ke hospital.
Penerima vaksin picagari kosong akan terima suntikan dos baru.
Mana-mana individu yang terbukti diberikan suntikan vaksin Covid-19 dengan picagari kosong akan terima suntikan dos baru.
Menteri Kesihatan beritahu Berita Harian, pihaknya akan memanggil individu berkenaan untuk menerima suntikan semula.
Baru-baru ini, beberapa kejadian suntikan vaksin dengan picagari kosong viral di media sosial.
3 talian tambahan disediakan untuk memudahkan permohonan Bakul Prihatin Negara.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ia susulan permohonan sangat tinggi yang diterima oleh JKM sejak ia dibuka, kelmarin.
Pihaknya juga menyediakan medium permohonan alternatif melalui penggunaan Google Form yang boleh didapati menerusi WhatsApp.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather