← Back to list
CAC Secara Maya Diaktifkan Di Lembah Klang.
Jul 27, 2021
Penduduk Selangor, KL dan Putrajaya tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian Covid-19, CAC jika tidak bergejala atau bergejala ringan!
Menurut Kementerian Kesihatan, individu berkenaan perlu mengasingkan diri serta merta dan menjalani tempoh kuarantin di rumah.
Namun mereka perlu memaklumkan keputusan ujian saringan melalui aplikasi MySejahtera untuk dinilai secara maya.
50 peratus daripada lebih 14,000 kes baru Covid-19 adalah pesakit tidak bergejala.
Hampir 50 peratus daripada lebih 14,000 kes COVID-19 semalam adalah pesakit tahap 1 atau tidak bergejala.
Menurut KKM, 92 peratus daripada kes baru juga tidak mempunyai sejarah vaksinasi.
Justeru orang ramai diseru mendapatkan vaksinasi bagi melindungi diri dan keluarga.
Kluster tempat kerja mencatatkan jumlah kes COVID-19 tertinggi di Malaysia.
Menteri Penyelaras PPN memaklumkan bahawa kluster tempat kerja mencatatkan jumlah kes COVID-19 tertinggi di Malaysia.
Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, lebih 735 kluster membabitkan hampir 60,000 kes direkodkan bagi tempoh 1 Jun hingga 23 Julai lepas.
Daripada jumlah itu, lebih 50 peratus melibatkan sektor perkilangan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather