← Back to list
MKN Setuju Nilai Ambang Peralihan Fasa PPN Diubah.
Aug 05, 2021
Indikator nilai ambang bagi peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara, PPN diubah sesuai mengikut perkembangan semasa kes COVID-19 di setiap negeri.
Menteri Penyelaras Majlis Pemulihan Negara berkata perubahan itu sudah pun dilaksanakan untuk Sarawak, Perlis dan Labuan yang beralih ke fasa 3 mulai semalam.
Pihaknya bersetuju untuk menukar indikator kes harian kepada nilai kes serius, kapasiti kes di ICU dan kadar kematian.
Sebagai contoh di Sarawak, walaupun kes harian masih tinggi, pihaknya menilai kes serius di wad ICU yang terkawal dan kadar vaksinasi sudah capai 66 peratus.
Jangkitan Covid-19 melibatkan golongan kanak-kanak semakin membimbangkan.
Seorang anak-kanak berusia setahun dikenal pasti sebagai kes indeks bagi satu kluster komuniti di Tumpat, Kelantan.
Sehingga kini, kluster tersebut sudah menjangkiti 34 individu.
Perbaharui lesen kenderaan sebelum 30 September.
Orang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen memandu yang tamat tempoh sebelum 30 September.
Ini kerana tempoh moratorium bagi pelanjutan pembaharuan lesen tidak disambung selepas tarikh tersebut.
Menurut JPJ, ini bermakna aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather