← Back to list
Vaksinasi Lengkap Bukan Pasport Untuk Abaikan SOP.
Aug 06, 2021
Vaksinasi lengkap bukan pasport untuk mengabaikan SOP yang ditetapkan.
Jelas Perdana Menteri, rakyat perlu tetap berwaspada dengan penularan jangkitan Covid-19 kerana negara belum capai imuniti kelompok.
Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan hari ini atau esok, kelonggaran pergerakan kepada individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19.
ATM bantu kurangkan beban hospital dan pusat kuarantin.
ATM akan mengatur gerak anggota dan asetnya bagi bantu mengurangkan beban hospital dan pusat kuarantin.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia berikutan peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata komitmen ATM dan kerjasama dengan pelbagai agensi lain juga diteruskan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi.
71 peratus rakyat Selangor sudah terima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin.
Lebih 71 peratus rakyat Selangor telah terima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin COVID-19.
Kerajaan negeri juga memaklumkan, program vaksinasi yang digerakkan akan memperlihatkan hasilnya menjelang bulan depan.
Ia termasuk ke arah mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan rakyat di negeri Selangor.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather