← Back to list
Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan
Aug 16, 2021
Foto - Bernama
Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin umum meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8 berkuatkuasa hari ini.
Jelas beliau, keputusan itu dibuat selaras dengan Perlembagaan Negara, selepas tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Tan Sri Muhyiddin juga meminta rakyat Malaysia supaya jangan bimbang, segala pentadbiran negara akan berjalan lancar dengan kepimpinan baharu yang bakal dilantik Yang di-Pertuan Agong.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima surat peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri berkuatkuasa hari ini.
Baginda turut berkenan agar Tan Sri Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Pada hemat Baginda juga, pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat.
Pemerintahan Perikatan Nasional sebagai kerajaan Persekutuan paling singkat, hanya bertahan selama 17 bulan, mengatasi tempoh 22 bulan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather