← Back to list
Sabah benar kemasukan tanpa perlu ujian saringan dan kuarantin
Sep 11, 2021
Sabah benar kemasukan tanpa perlu ujian saringan dan kuarantin
Foto - Nomad Is Beautiful
Sabah benarkan kemasukan individu dari negeri lain untuk urusan rasmi tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan kuarantin.
Menurut kerajaan negeri, kemasukan bagaimanapun hanya untuk individu yang telah lengkap divaksin dan berada di negeri itu untuk tempoh tiga hari sahaja.
Mereka juga perlu mendapatkan kebenaran PDRM dan disahkan negatif COVID-19 melalui saringan RT-PCR tiga hari sebelum perjalanan.
-----
72 peratus populasi dewasa lengkap divaksin
Foto - Harakah Daily
72 peratus populasi dewasa negara telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19, setakat semalam.
Hampir 100 peratus populasi dewasa di Lembah Klang lengkap divaksinasi, hanya tinggal 0.01 peratus sahaja lagi.
Sabah pula jadi satu-satunya negeri yang masih belum mencapai 50 peratus vaksinasi populasi dewasa.
-----
Vaksin secara 'walk in' di Melaka
Foto - mStar Online
Penduduk Melaka yang masih belum menerima tarikh janji temu, boleh dapat vaksin secara 'walk in' di mana-mana pusat pemberian vaksin.
Bagi yang bukan warganegara pula, mereka boleh pergi PPV Mega Stadium Hang Jebat dan PPV Mega Stadium Jasin untuk tujuan itu.
Menurut kerajaan negeri, inisiatif itu berkuat kuasa hari ini dan hanya dibenarkan bermula dari 8.30 pagi hingga 4 petang.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather