← Back to list
Suami Boleh Teman Isteri Bersalin Mulai Isnin Depan.
Oct 01, 2021
Suami Boleh Teman Isteri Bersalin Mulai Isnin Depan.
Bermula Isnin depan, suami atau ahli keluarga terdekat boleh menemani ibu yang mahu bersalin di hospital.
Menurut Kementerian Kesihatan, antara syaratnya, suami atau ahli keluarga sudah lengkap divaksin dan perlu jalani ujian pengesanan COVID-19.
Pematuhan SOP perlu dititikberatkan sepanjang proses menemani ibu bersalin kerana mereka adalah golongan berisiko tinggi yang perlu sentiasa dilindungi.
Sekolah di Lembah Klang dan Melaka kekal dibuka 4 Oktober.
Syarat pengoperasian sekolah bagi negeri yang beralih fasa PPN hanya akan dilaksanakan 2 minggu selepas peralihan fasa berlaku.
Menurut Kementerian Pendidikan, ini bermakna walaupun Lembah Klang dan Melaka beralih ke fasa 3 PPN hari ini, sesi persekolahan bersemuka bermula Isnin depan akan tetap mengikut syarat pengoperasian Fasa 2.
Di bawah Fasa 2, antara yang terlibat adalah murid berkeperluan khas, pelajar semester dua Tingkatan 6 dan murid kelas peperiksaan antarabangsa.
Syarat pengoperasian sekolah fasa 3 di Lembah Klang dan Melaka hanya akan diguna pakai bermula 18 Oktober ini.
Tidur lewat dan tidak sarapan antara punca pelajar pitam di PPV.
Kejadian seorang remaja lelaki hampir pitam di sebuah PPV di Melaka yang videonya viral ketika ini, bukan disebabkan kesan sampingan vaksin Covid-19.
Sebaliknya, jelas Exco Kesihatan negeri, pelajar itu alami pening kerana tidur lewat dan tidak bersarapan sebelum mengambil suntikan vaksin.
Remaja itu katanya kembali stabil setelah diberikan makanan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather