← Back to list
Aktiviti Rentas Negeri Kini Dibenarkan.
Oct 11, 2021
Orang ramai yang ingin merentas negeri digalakkan untuk jalani ujian saringan Covid-19.
Menurut Perdana Menteri, ia sebahagian daripada tanggungjawab dalam mengawal jangkitan.
Bermula hari ini, aktiviti rentas negeri dibenarkan di seluruh negara.
Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kebenaran itu tidak akan ditarik balik walaupun kes Covid-19 kembali meningkat selepas ini.
Sebaliknya, kerajaan hanya akan melakukan penutupan secara bersasar di kawasan yang dikesan berlaku penularan jangkitan sahaja.
SJR sempadan negeri tamat.
Sekatan jalan raya, SJR di sempadan negeri ditutup tengah malam tadi.
Ia susulan kebenaran rentas negeri yang berkuatkuasa hari ini.
Bagaimanapun menurut PDRM, SJR di kawasan PKPD, Op Benteng, cegah jenayah dan keselamatan dikekalkan.
Polis juga akan tetap menggerakkan Pasukan Pematuhan SOP dan pemeriksaan secara rawak di lokasi tumpuan umum.
Tidak perlu mohon MyTravel Pass.
Orang ramai boleh melancong ke luar negara tanpa perlu mohon MyTravel Pass bermula hari ini.
Syaratnya, individu berkenaan mesti lengkap divaksin dan perlu jalani kuarantin wajib 14 hari sebaik pulang ke tanah air.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather