← Back to list
Penjualan Kit Ujian Kendiri COVID-19 Akan Diperluas.
Oct 29, 2021
Penjualan Kit Ujian Kendiri COVID-19 Akan Diperluas.
Kit ujian kendiri COVID-19 akan dijual di pasar raya, kedai rangkaian dan stesen minyak dalam masa terdekat.
Menurut kerajaan, ia bagi memudahkan lagi pengguna mendapatkan kit ujian tersebut dan menggalakkan persaingan sihat dalam pasaran.
Syarikat pengeluar juga katanya beri jaminan bahawa kit berkenaan akan dijual di bawah harga RM10 berbanding harga asal RM19.90 ketika ini.
Musim banjir tak jejaskan pemberian dos penggalak.
Musim tengkujuh tidak akan menjejaskan operasi pemberian dos penggalak vaksin COVID-19.
Menurut Kementerian Kesihatan, ini kerana pemberian dos itu dilakukan di fasiliti kesihatan swasta.
Musim tengkujuh dijangka mula melanda beberapa negeri bulan depan.
Undi 18 hanya akan dilaksanakan pada PRN Sarawak jika ia diadakan 31 Disember ini.
Individu berusia 18 tahun hanya akan dibenar mengundi pada PRN Sarawak jika ia diadakan selepas 31 Disember ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Parlimen dan Undang-Undang berkata Undi 18 perlu dilaksanakan seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuching.
Mahkamah Tinggi Kuching sebelum ini memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember tahun ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather