← Back to list
EXCO Negeri Melaka Dijangka Diumum Minggu Depan.
Nov 21, 2021
EXCO Negeri Melaka dijangka diumum minggu depan.
Senarai EXCO kerajaan Negeri Melaka akan diumumkan minggu depan.
Itu kata-kata Datuk Seri Sulaiman Md Ali selepas mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka ke-13.
Datuk Seri Sulaiman menjelaskan beliau akan meneliti perkara tersebut sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri selepas Barisan Nasional memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Melaka sekaligus membentuk kerajaan negeri yang baru dengan majoriti 2 pertiga.
BN usul enakmen anti lompat parti
Barisan Nasional akan perkenalkan enakmen anti lompat parti selepas membentuk kerajaan negeriMelaka.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata enakmen tersebut bertujuan
mengekalkan kestabilan politik di negeri itu.
Tambahnya, ia bagi memastikan jangka hayat DUN Melaka kekal untuk tempoh 4 tahun mulai hari pertama bersidang.
PN kaji punca kekalahan PRN Melaka
Tan Sri Muhyiddin Yassin sifatkan kekalahan Perikatan Nasional pada PRN Melaka
tidak menjejaskan gabungan tersebut.
Presiden BERSATU itu berkata kekalahan tersebut akan dijadikan pengajaran dan panduan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Perikatan Nasional hanya memenangi 2 kerusi pada PRN Melaka iaitu kerusi Sungai Udang dan
Bemban.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather