← Back to list
Institusi Pendidikan Terjejas Banjir Hanya Dibuka Semula Apabila Bersedia.
Jan 04, 2022
Institusi Pendidikan Terjejas Banjir Hanya Dibuka Semula Apabila Bersedia.
Lebih 100 institusi pendidikan belum bersedia untuk beroperasi semula.
Kementerian Pendidikan berkata ini kerana ada yang masih terjejas dengan banjir atau dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara.
Kesemua institusi pendidikan itu katanya akan dibuka semula apabila selesai dibersihkan dan sedia untuk beroperasi.
KPM juga akan terus memantau dan senarai terkini boleh disemak di laman webnya.
Sesi persekolahan penggal 3 sebelum ini sudah ditangguhkan seminggu ekoran banjir di beberapa negeri.
Fenomena air pasang besar dijangka bermula awal bulan ini.
3 fenomena air pasang besar diramal berlaku bermula awal bulan ini hingga awal bulan depan.
Ia boleh menyebabkan banjir dan berisiko menjadi lebih buruk jika bertembung dengan air sungai yang tinggi disebabkan hujan lebat.
Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan, kejadian yang paling hampir ialah jangkaan air pasang besar yang diramalkan sehingga esok.
Ia melibatkan Johor, Perak, Kedah dan Selangor.
Kluster tempat kerja dan kluster import catat peningkatan ketara.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, ia menunjukkan pematuhan SOP di tempat kerja masih lagi di tahap yang rendah.
Beliau mengingatkan masyarakat agar terus patuh SOP walaupun populasi Malaysia yang sudah lengkap divaksin sudah capai 78 peratus.
Ia bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dikurangkan seiring dengan pembukaan semua sektor ekonomi dan peningkatan aktiviti sosial.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather