← Back to list
Kerajaan Sedang Perinci Cukai Barangan Mewah
Mar 14, 2023
Kerajaan Sedang Perinci Cukai Barangan Mewah
Kerajaan dijangka mengumumkan perincian mengenai pelaksanaan cukai barangan mewah Jun depan.
Menurut Kementerian Kewangan, ia termasuk perincian mengenai barangan yang dikenakan cukai dan jumlah cukai yang akan dikenakan.
Pada pembentangan Belanjawan 2023 bulan lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan perkenal cukai barangan mewah termasuk membabitkan jam tangan dan pakaian bermula tahun ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan semak perincian Belanjawan 2023 bagi bantu memastikan tahap penyampaian yang terbaik.
Tegas beliau, ia juga bertujuan memastikan permasalahan rakyat disantuni dengan cekap dan adil.
Belanjawan 2023 menyediakan peruntukan berjumlah lebih RM388 bilion ringgit iaitu yang terbesar dalam sejarah negara.
Batu Pahat Mungkin Sambut Ramadan Dalam Banjir
Penduduk di Batu Pahat, Johor mungkin terpaksa sambut Ramadan dalam keadaan banjir!
Pegawai Daerah Batu Pahat memaklumkan BH, daerah itu belum memasuki fasa banjir termenung berikutan masih merekodkan kemasukan serta pergerakan air yang besar.
Jelas beliau kerja-kerja pengepaman air bah lebih mudah dilakukan apabila banjir memasuki fasa termenung.
Namun Jabatan Pengairan dan Saliran Johor sudah kenal pasti lokasi yang airnya sesuai dipam keluar lebih awal bagi mengurangkan paras ketinggian air.
Sementara itu lebih 38,000 mangsa masih berlindung di lebih 130 PPS di 3 negeri selepas banjir di Sarawak pulih.
Johor merekodkan kira-kira 38,000 mangsa majoritinya di Batu Pahat, di Pahang hampir 130 masih berada di PPS dan Melaka hampir 30.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather