← Back to list
Tiada penalti jika tampil buat pengakuan cukai - LHDN
Apr 06, 2023
Tiada penalti jika tampil buat pengakuan cukai - LHDN
Tiada sebarang penalti dikenakan kepada individu yang buat pengakuan cukai menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela.
Jelas LHDN, inisiatif itu hanya bertujuan agar individu buat pengakuan percukaian masing-masing.
Malah agensi itu juga jamin tidak akan buka lagi rekod tahun-tahun terdahulu untuk diaudit.
LHDN juga anggar kira-kira 50,000 pembayar cukai baru atau sedia ada tampil buat pengakuan secara sukarela melalui program itu yang akan bermula Jun ini hingga hingga Mei tahun depan.
Cukai barangan mewah bukan ganti GST
Cukai barangan mewah yang akan diperkenalkan nanti bukan alternatif kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST!
Kementerian Kewangan juga sedang memperhalusi cadangan pelaksanaan cukai itu termasuk jenis barang yang dikategorikan sebagai barangan mewah.
Ibu bapa dan cikgu bimbang anak bebas beli vape – CAP
Persatuan Pengguna Pulau Pinang, CAP memaklumkan ibu bapa dan guru luah rasa resah berikutan anak dan pelajar mereka bebas beli produk vape mengandungi nikotin di pasaran.
Menurut CAP, pihaknya terima lebih 10 aduan selepas kerajaan mengeluarkan nikotin yang digunakan dalam gel dan cecair untuk e-rokok dan vape daripada senarai bahan terlarang.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather