← Back to list
Harga Daging Import Tak Naik
Apr 11, 2023
Harga Daging Import Tak Naik
Dakwaan kononnya berlaku kenaikan melampau harga daging import di pasaran adalah tidak benar.
Kerajaan mendapati harga daging tersebut masih terkawal iaitu antara RM18 hingga RM21 sekilogram mengikut gred.
Namun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) minta orang ramai agar buat aduan segera jika berlaku kenaikan harga tidak munasabah.
Kementerian juga menjelaskan, pihaknya tidak kawal harga daging lembu tempatan.
Bagaimanapun harganya didapati stabil sejak November lalu iaitu sekitar 37 ringgit sekilogram.
Sementara itu, esok KPDN akan mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena Aidilfitri.
Penjawat Awam Terima Gaji & Bantuan Kewangan Lebih Awal
Gaji dan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri untuk penjawat awam persekutuan akan diterima awal 3 hari iaitu pada Jumaat ini (14 April 2023).
Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) untuk pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan petugas sukarelawan beruniform juga akan dibuat pada hari sama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, ia bagi membantu rakyat membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather