← Back to list
Balik Raya: Penumpang Diminta Tiba Awal Di Lapangan Terbang
Apr 18, 2023
Balik Raya: Penumpang Diminta Tiba Awal Di Lapangan Terbang
Tiba lebih awal di lapangan terbang sekurang-kurangnya 4 jam jika menaiki pesawat pada cuti perayaan Aidilfitri.
Malaysia Airlines memaklumkan, ia bagi membolehkan masa yang mencukupi untuk proses daftar masuk dan pemeriksaan dokumen khasnya di KLIA.
Ia terutamanya melibatkan penerbangan yang bermula semalam hingga 1 Mei nanti.
Sementara itu pengguna dinasihatkan semak harga dan beli tiket menerusi aplikasi rasmi yang disediakan syarikat penerbangan.
Kementerian Pengangkutan memaklumkan, ia bagi elak pembelian tiket pada harga tinggi terutama ketika musim perayaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri setuju secara prinsipnya dengan cadangan Kerajaan Sarawak untuk tubuh sebuah syarikat penerbangan butik.
Ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia boleh meredakan isu tambang mahal khasnya di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Sejumlah Kawasan Alami Gelombang Haba
10 kawasan di sejumlah negeri alami cuaca panas Tahap 2 (gelombang haba) apabila mencatatkan suhu antara 37 hingga 40 darjah Celcius.
Sebahagian besarnya di utara Semenanjung antaranya Taiping dan Kuala Kangsar di Perak; Baling di Kedah juga Jeli di Kelantan.
Turut terlibat ialah Betong, Sibu dan Marudi di Sarawak.
Dalam perkembangan berkaitan, MetMalaysia memaklumkan cuaca panas yang kini melanda beberapa negeri dijangka tidak berlarutan.
Jabatan itu ramal hujan akan berlaku di kebanyakan tempat minggu ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather