← Back to list
Jenazah Pendaki Gunung Everest Dijangka Dibawa Turun Hari Ini.
May 22, 2023
Jenazah Pendaki Gunun Everest Dijangka Dibawa Turun Hari Ini.
Jenazah pendaki Malaysia yang meninggal dunia di Gunung Everest dijangka akan dibawa turun menggunakan khidmat bantuan malim gunung.
Timbalan Menteri Luar Negeri berkata ini kerana helikopter tidak dapat digunakan ekoran cuaca tidak mengizinkan ketika ini.
Seramai 8 malim gunung akan sertai operasi ini dan jenazah Allahyarham katanya mungkin dapat diturunkan hari ini.
Allahyarham yang merupakan Pengarah APM Kedah meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest.
Bangunan Lama KWSP Terbakar.
Bangunan lama KWSP cawangan Jalan Gasing, di Petaling Jaya dilapor terbakar pagi tadi.
Video dan gambar api sedang marak di bahagian depan bangunan tersebut viral di media sosial.
Pada tahun 2018, bangunan itu pernah terbakar dan kini ia dibiarkan kosong.
Bangunan tersebut dijangka bakal dibuka semula tahun depan untuk kemudahan tempat tinggal warga emas.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather