← Back to list
Pihak Salah Guna Telegram Dijangka Berdepan Tindakan Tegas.
May 23, 2023
Pihak Salah Guna Telegram Dijangka Berdepan Tindakan Tegas.
Taktik mempromosikan aktiviti yang menyalahi undang-undang di aplikasi Telegram ketika ini amat membimbangkan.
Jelas Menteri Komunikasi Dan Digital pihaknya terima banyak aduan tentang salah guna aplikasi itu untuk tujuan pornografi, jualan dadah dan ubat yang tidak disahkan oleh KKM.
Susulan itu MCMC sedang meneliti tindakan tegas terhadap pihak yang memuat naik kandungan tersebut di aplikasi Telegram.
Sementara itu, Jakim telah kemukakan aduan rasmi kepada SKMM berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah kendalian seorang wanita di Terengganu.
Menteri Hal Ehwal Agama berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sudah buat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan.
Bekalan air diagihkan secara berperingkat.
Bekalan air sudah mula dibekalkan secara berperingkat kepada kawasan yang terjejas di Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor.
Menurut Air Selangor, kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor telah siap dilaksanakan awal pagi tadi.
Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya, esok.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather