← Back to list
RUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 Diluluskan.
May 24, 2023
RUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 Diluluskan.
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 yang antara lain membolehkan pegawai intervensi krisis menangkap mana-mana orang yang cuba membunuh diri.
Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh berkata, buat masa ini pegawai intervensi krisis hanya melibatkan antaranya pegawai polis, bomba, APM dan pegawai kebajikan masyarakat.
Rasional pewujudan pegawai ini adalah bagi memastikan tindakan kepada kes percubaan bunuh diri dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan, selain melindungi nyawa seseorang yang cuba membunuh diri dan menjamin keselamatan masyarakat umum.
Tambah beliau, kuasa yang diberikan kepada pegawai intervensi ini juga ialah masuk secara paksa ke dalam premis dan mana-mana bahagian premis yang berlaku cubaan bunuh diri.
2 Lagi Kategori Baru Individu Bankrap Layak Dilepaskan
Dua lagi kategori baharu individu bankrap layak dilepaskan tanpa perlu melalui bantahan pemiutang menerusi Pindaan Akta Insolvensi 1967.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata, dua kategori itu adalah pesakit mental dan individu 70 tahun ke atas.
Golongan ini tidak lagi mempunyai keupayaan untuk memberikan kerjasama dan sumbangan kepada pentadbiran kebankrapan.
Faktor kepentingan awam juga perlu diambil kira memandangkan pentadbiran kebankrapan melibatkan dana awam yang perlu digunakan dengan optimum.
Berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, hampir 20,000 orang bankrap yang berusia 70 tahun dan ke atas layak dipertimbang untuk pelepasan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather