← Back to list
PRN : Elak Sentuh Isu Sensitif Ketika Berkempen
Jul 04, 2023
PRN : Elak Sentuh Isu Sensitif Ketika Berkempen
Ketua Polis Negara minta semua parti politik yang bertanding dalam PRN 6 negeri supaya tidak sentuh isu bangsa, agama dan raja sepanjang tempoh berkempen nanti.
Tan Sri Razarudin Husain juga menasihatkan permohonan permit ceramah dan kempen dibuat lebih awal agar tidak berlaku pertembungan antara parti politik semasa tempoh kempen nanti.
Sementara itu, penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharudin Sani Ahmad Sabri jangka PRN 6 negeri mungkin diadakan pada pertengahan bulan depan.
SPR pula akan mengadakan mesyuarat esok bagi menetapkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRN di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Peka dengan cuaca dan perubahan air sungai.
Orang ramai yang mahu melakukan aktiviti di jeram dan air terjun agar sentiasa peka dengan cuaca dan sebarang perubahan keadaan air sungai di kawasan berkenaan.
Menurut APM, ia termasuk paras ketinggian, warna, kederasan dan puing-puing asing yang timbul di permukaan.
Jelasnya, ia merupakan antara indikator untuk kesan kemungkinan bahaya yang boleh berlaku termasuk kejadian kepala air seperti di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu baru-baru ini.
Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat 4 lagi mangsa tragedi kepala air berkenaan bersambung pagi ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather