← Back to list
Tahap Penagihan Dadah Di Negara Ini Membimbangkan!
Jul 11, 2023
Tahap penagihan dadah di negara ini membimbangkan!
Timbalan Perdana Menteri berkata, angka terkini menunjukkan lebih sejuta penduduk terjerumus ke dalam najis itu!
Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, lebih menyedihkan apabila hampir 330,000 penagih dadah adalah mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun.
Malah kajian UKM mendapati, 6 daripada setiap 100 belia mengaku pernah ambil dadah dengan 4 daripadanya mengaku masih aktif menagih.
Justeru Kementerian Dalam Negeri dan AADK diberi masa 3 bulan untuk berusaha dan susun koordinasi atau program yang berkesan bagi membendungnya.
Sistem tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong dijangka dilaksanakan pada 2025.
Sistem pembayaran tol 'Aliran Pantas Pelbagai Lorong' dijangka dapat dilaksanakan pada 2025 atau lebih awal.
Menurut Kementerian Kerja Raya, sistem itu masih lagi dalam proses perundingan bersama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.
Buat permulaan Lebuh Raya Sungai Besi, Besraya dijangka jadi perintis sistem tersebut pada Oktober nanti.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather