← Back to list
Datuk Seri Muhammad Sanusi Mengaku Tidak Bersalah
Jul 18, 2023
Datuk Seri Sanusi Mengaku Tak Bersalah
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor mengaku tidak bersalah atas 2 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.
Menteri Besar Kedah itu dituduh mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dan isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik, baru-baru ini.
Datuk Seri Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.
Hakim menetapkan ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan melarang MB Kedah itu membuat sebarang komen sehingga kes selesai.
Kerajaan bincang isu 3R, Jumaat ini.
Satu perbincangan akan diadakan Jumaat ini bagi menilai undang-undang sedia ada dan memperhalusi keperluan mewujudkan akta baru berkaitan isu 3R, agama, raja dan kaum.
Jelas Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, ia bagi tangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.
Perbincangan itu katanya melibatkan pelbagai pihak antaranya Majlis Peguam, badan professional dan agensi penguatkuasaan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather