← Back to list
PRN : Pemerintahan Kerajaan Negeri Kekal.
Aug 13, 2023
PRN : Pemerintahan Kerajaan Negeri Kekal.
Pemerintahan Kerajaan negeri bagi 6 negeri yang terlibat dalam pilihanraya kali ini, kekal.
Ia menyaksikan PH-BN terus menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Manakala PN kekal memerintah Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sejarah tercipta apabila PN menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN yang dipertandingkan di Terengganu sekaligus bakal menyaksikan negeri itu tanpa pembangkang.
Di Kelantan pula, PN melalui Pas membentuk kerajaan negeri selepas menang 43 daripada 45 kerusi.
Di Kedah, PN berjaya memperoleh 33 kerusi DUN manakala PH hanya mendapat 3 kerusi.
Keputusan PRN di Selangor pula menyaksikan PH-BN memenangi 34 daripada 56 kerusi DUN.
PH-BN tepati ramalan apabila berjaya membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang selepas memenangi majoriti 29 daripada 40 kerusi DUN.
Di Negeri Sembilan pula, PH-BN mengekalkan penguasaan selepas memperoleh kemenangan majoriti 31 daripada 36 kerusi.
Susulan kejayaan itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa khas.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather