← Back to list
Israel Diheret Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Jan 04, 2024
Pelaksanaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tidak akan ditangguhkan.
Jelas Menteri Komunikasi, sistem itu berjalan lancar dan isu yang dibangkitkan telah berjaya diselesaikan segera.
Fahmi Fadzil juga berkata, pemantauan dalam aspek keselamatan terhadap PADU akan terus dilakukan.
Setakat ini lebih 230 ribu pengguna selesai mendaftar dalam sistem PADU.
Dalam perkembangan lain, Fahmi memaklumkan fungsi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan diteliti semula.
Menurut beliau, jabatan itu akan diselaraskan dalam tempoh terdekat selari dengan hasrat kerajaan.
Namun jelas Fahmi, masih terlalu awal untuk beliau buat sebarang pengumuman berkaitan perkara terbabit.
---
Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ICJ akan mendengar kes pembunuhan beramai-ramai atau genoside yang dilakukan Israel di Gaza minggu depan.
Ia akan dibentangkan oleh Afrika Selatan yang turut mohon mahkamah itu memutuskan supaya Israel segera menghentikan keganasannya.
---
Pemain pertahanan kelab Perancis, Nice, Youcef Atal dihukum penjara 8 bulan dan denda 45,000 Euro.
Ia berhubung kelantangannya mengkritik Israel di media sosial.
Pemain dari Algeria itu sebelum ini turut digantung 7 perlawanan oleh Liga Perancis atas tindakan yang sama.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather