← Back to list
KPM Berusaha Satukan Pasangan Guru Jarak Jauh
Jan 04, 2024
KPM Berusaha Satukan Pasangan Guru Jarak Jauh
Kementerian Pendidikan berusaha menyatukan pasangan guru jarak jauh dengan mempertimbangkan semua permohonan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata permohonan pertukaran mengambil kira banyak faktor dengan mengikut proses sedia ada.
Pihaknya juga memandang serius guru gagal mendapat tempat pertukaran atau berada dalam situasi perhubungan jarak jauh hingga berlaku perceraian.
Kelantan tidak akan bahas pelan perparitan holistik.
Kerajaan Kelantan tidak akan mengadakan sidang khas DUN bagi membahaskan pelan perparitan holistik dan penyelesaian banjir dalam masa terdekat.
Katanya, sidang khas tidak dapat dipenuhi ekoran kerajaan negeri sedang membuat persiapan untuk mengadakan sidang DUN Mac ini.
Namun, pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima cadangan daripada mana-mana pihak.
Terdahulu, Angkatan Belia Islam Malaysia mencadangkan agar perkara tersebut dibincangkan bagi menyelesaikan isu banjir untuk jangka masa panjang.
Hujan lebat berterusan di Johor.
Met Malaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor bermula hari ini hingga Ahad.
Sementara itu, lebih 750 penduduk terjejas banjir di Johor dipindahkan dan berlindung di 10 PPS di negeri itu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather