← Back to list
SPRM Akan Panggil Bekas PM
Jan 08, 2024
SPRM Akan Panggil Bekas PM
SPRM akan memanggil bekas Perdana Menteri bagi bantu siasatan kes perbelanjaan kempen pengiklanan kerajaan terdahulu berjumlah RM700 juta.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan buat masa ini ditumpukan kepada saluran wang tersebut dibelanjakan.
Terdahulu, pihaknya sahkan sedang menyiasat wang perbelanjaan dibelanjakan dua pentadbiran terdahulu dalam mempromosikan dasar kerajaan.
Kementerian, jabatan dan agensi wajib kemukakan laporan bulanan
Semua kementerian, jabatan dan agensi wajib kemukakan laporan bulanan berkaitan perkembangan serta sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan projek kerajaan.
Perdana Menteri berkata laporan terbabit perlu melalui Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha kementerian kepada Ketua Setiausaha Negara untuk dimaklumkan kepada beliau.
Terengganu akan aktifkan Op Payung
Jabatan Pendidikan Terengganu akan mengaktifkan Op Payung jika berlaku banjir pada musim peperiksaan termasuk SPM yang berlangsung ketika ini.
Operasi itu akan digerakkan dengan bantuan pelbagai pihak termasuk anggota keselamatan sekiranya berlaku tiga situasi yang mengancam perjalanan peperiksaan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather