← Back to list
KKM Perjelas Istilah Diintubasi atau Ditidurkan
Jan 16, 2024
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil beri penjelasan berhubung perkataan diintubasi atau ditidurkan yang jadi ketakutan ramai kebelakangan ini.
Menurut KKM, fakta sebenarnya diintubasi adalah usaha untuk menyelamatkan nyawa terutama apabila pesakit kritikal.
Antara indikasinya adalah pesakit tidak boleh bernafas dengan sendiri dan alami kegagalan organ.
Baru-baru ini tular di media sosial berhubung dakwaan kononnya 'pesakit yang diintubasi pasti akan meninggal dunia'.
Dalam satu lagi perkembangan, lebih 123,000 kes denggi dan 100 pesakitnya maut tahun lalu di seluruh negara, naik lebih 86 peratus berbanding tahun 2022.
Menurut KKM, pihaknya sedang bincang dengan Selangor dan KL yang catat kes denggi tertinggi bagi cari penyelesaian terbaik.
---
Laporan kebakaran rumah Ahli Parlimen Beruas yang dilapor dilempar 'molotov cocktail' dijangka siap sepenuhnya minggu ini.
Bomba Perak akan membuat makluman kepada polis jika mendapati ada unsur khianat dalam kejadian itu.
Terdahulu, polis tahan seorang lelaki bagi bantu siasatan kes itu dan suspek disahkan bukan ahli politik.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather