← Back to list
Pelarasan Tarif Air Permintaan Negeri
Jan 19, 2024
Pelarasan tarif air di Semenanjung dan Labuan yang bermula 1 Februari nanti adalah permintaan kerajaan negeri.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia ekoran ada negeri didapati tidak menaikkan kadarnya sejak 40 tahun.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baru-baru ini memaklumkan, kenaikan tarif itu perlu demi kemapanan industri perkhidmatan air meskipun ia tidak dapat tampung kos sebenar.
Dalam perkembangan berkaitan, Ranhill SAJ Sdn. Bhd umum tarif air di Johor naik 25 sen kepada RM1.05 satu meter padu mulai bulan depan selaras yang diwartakan Kerajaan Persekutuan.
---
Sekurang-kurangnya 25 peratus pelajar menolak tawaran kemasukan ke MRSM setiap tahun.
Justeru menurut MARA, kekosongan tersebut akan diisi oleh calon-calon simpanan.
Untuk makluman, keputusan tawaran kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 2024 boleh disemak mulai malam tadi.
---
Polis tahan seorang lelaki di Bentong, Pahang yang dilapor menjalankan aktiviti menjual video lucahnya.
Ia hasil risikan polis ke atas kegiatannya yang mempromosikan aktiviti seks dirinya sendiri yang dirakam dan dijual untuk tontonan di Telegram.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather