← Back to list
Tengkujuh: RM113 Juta Untuk Baik Pulih Jalan Rosak
Jan 21, 2024
Kerajaan meluluskan dana berjumlah 113 juta ringgit untuk baik pulih cerun runtuh dan jalan raya rosak di negeri-negeri terjejas banjir.
Menurut Kementerian Kerja Raya, ia melibatkan 129 projek di 4 negeri paling terjejas iaitu Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang.
Sementara itu hampir 500 mangsa banjir di Sarawak dan Johor sedang berlindung di PPS.
---
Perdana Menteri mengakui bukan mudah untuk siasat kes-kes melibatkan pemimpin berprofil tinggi.
Namun ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, usaha itu tetap perlu diteruskan demi kepentingan negara dan rakyat.
---
Polis Johor tahan reman 3 lelaki termasuk teman lelaki ibu tunggal digelar Bella yang hilang sejak 14 Disember lalu.
Ia susulan penemuan rangka manusia dalam sebuah rumah sewa terbiar di Batu Pahat, baru-baru ini.
---
Ribuan penduduk Israel berkumpul di Tel Aviv bagi bantah kerajaan Benjamin Netanyahu.
Mereka menuduh Netanyahu silap dalam mengendalikan keselamatan negara dan gesa pilihan raya baru diadakan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather