← Back to list
Penjawat Awam Tetap Baru Tidak Berpencen
Jan 25, 2024
Penjawat Awam Tetap Baru Tidak Berpencen
Kerajaan bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baru berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.
Timbalan Perdana Menteri berkata status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, namun golongan yang baru dilantik nanti perlu buat caruman KWSP.
Jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam masa terdekat
KPM sambut baik selaras prasekolah
Kementerian Pendidikan sambut baik keputusan Jemaah Menteri yang menetapkan pihaknya untuk menyelaraskan sistem pendidikan prasekolah di negara ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata mekanisme dan garis masa bagi peralihan struktur pendidikan prasekolah akan diperincikan dalam tempoh terdekat.
Jelas beliau, reformasi tersebut sangat signifikan dalam menjamin akses pendidikan yang berkualiti dan intervensi awal bagi tangani keciciran di peringkat prasekolah.
Tiada sebarang pengumuman tentang cuti peristiwa pemasyhuran YDP Agong
Menteri Komunikasi berkata cuti peristiwa khas sempena pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong yang baru pada 31 Januari ini tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.
Jelas Fahmi Fadzil, setakat ini tiada sebarang pengumuman berkaitan cuti tersebut namun ia bergantung kepada pertimbangan Perdana Menteri.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather