← Back to list
PLUS Lancar MyPLUS-TTA, Ke Arah Lebuhraya Pintar
Jan 31, 2024
KUALA LUMPUR, 30 Januari 2024 - PLUS Malaysia Berhad hari ini melancarkan kemudahan digital MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS bagi kemudahan pengguna lebuh raya Utara Selatan merancang perjalanan semasa musim perayaan.
Inisiatif ini merupakan penambahbaikan kepada jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang biasa dikeluarkan oleh PLUS sejak dari 2007.
MyPLUS-TTA
Menerusi MyPLUS-TTA, pengguna lebuh raya dapat memilih waktu perjalanan berdasarkan plaza tol masuk dan plaza tol keluar dan memilih waktu perjalanan yang bersesuaian.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Berbaju Putih)
Dilancarkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, MyPLUS-TTA membantu mengoptimakan pengagihan trafik untuk mengurangkan risiko kesesakan lalu lintas dan meningkatkan keselesaan perjalanan pengguna.
Datuk Nik Airina Nik Jaffar
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar dalam pada itu berkata, sehingga kini aplikasi PLUS sudah dimuat turun 300,000 pengguna telefon pintar dan beliau berharap angka itu akan bertambah dengan pelancaran MyPLUS-TTA ini.
SHAH RAHIMIN ROSLE
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather