← Back to list
Kawal Selia Platform Media Sosial
Feb 05, 2024
Kawal Selia Platform Media Sosial
Satu bentuk kawal selia platform-platform media sosial perlu diwujudkan di negara ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia susulan peningkatan kes melibatkan keselamatan siber, privasi, hak cipta serta kandungan tidak bermoral.
Tambah Fahmi, ia juga dapat memastikan platform terbabit mematuhi garis panduan yang selain menjamin hak pengguna terutamanya bagi menjaga sensitiviti maklumat
Lapor salah laku anggota polis
Orang ramai diminta untuk melaporkan sebarang salah laku babitkan pegawai dan anggota PDRM.
Tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, masyarakat dijamin dari sudut perlembagaan dan peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.
Beliau turut beri jaminan siasatan ke atas kes berkenaan akan dijalankan secara telus dan saksama.
KKM akan ambil tindakan segera terhadap produk energy stick
Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan segera berhubung penjualan produk penyedut hidung atau 'energy stick' di media sosial.
Pihaknya sudah menerima aduan dan amaran berkaitan produk itu yang kononnya mampu beri tenaga dan kesegaran kepada pengguna.
Media sebelum ini melaporkan penggunaan ‘energy stick’ atau penyedut hidung itu telah meningkat dalam kalangan pelajar sekolah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather