← Back to list
Tragedi Kepala Air: Semua Mayat Dijumpai
Feb 08, 2024
Penguatkuasaan terhadap lori lebih muatan akan dipertingkatakan kerana ia antara penyumbang utama kemalangan jalan raya.
Menurut Kementerian Pengangkutan, tindakan tegas menerusi penguatkuasaan amat diperlukan kerana masalah itu berlanjutan sekian lama dan perlu ditangani segera.
Justeru JPJ akan mempergiatkan operasi khas bagi menanganinya.
Sementara itu, JPJ larang 13 bas ekpres berada di atas jalan raya kerana tidak capai standard keselamatan dalam Op Khas Terminal sempena Tahun Baru Cina.
Manakala 4 pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dan kes diserah kepada AADK untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, sempena Tahun Baru Cina juga, had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan kepada 80 km/jam sehingga 13 Februari.
Jelas Kementerian Kerja Raya berkata merupakan antara langkah keselamatan bagi kurangkan risiko nahas jalan raya yang sering berlaku pada musim perayaan.
---
Semua mayat 4 beranak mangsa tragedi kepala air semasa perkelahan di Sungai Kenjur, Bidor telah ditemui.
Ini selepas 2 lagi mayat mangsa iaitu kanak-kanak perempuan 2 beradik ditemui pagi ini.
Mayat ibu mereka dan seorang lagi adik beradik mereka telah dijumpai semalam tidak lama selepas kejadian.
Manakala 2 ahli keluarga mangsa dan seorang pembantu rumah dijumpai selamat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather