← Back to list
Kanak-Kanak Perlu Pendidikan Seksual Untuk Benteng Diri
Feb 09, 2024
Ibu bapa diseru beri pendedahan awal mengenai pendidikan seksual bagi bendung gangguan dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Pegawai Sosial Pusat Kesedaran Wanita, Puan Asmar Hamariyah Ahmad Bakhari berkata, pendedahan seawal usia 3 tahun boleh dimulakan kerana kanak-kanak sudah pandai bercakap.
Antara yang boleh diajar adalah berkenaan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat.
Puan Asmar Hamariyah juga tegaskan, pendidikan seksual perlu ditekankan kepada kanak-kanak lelaki kerana ramai dalam kalangan mereka turut alami gangguan atau mangsa pedofilia.
---
Kerajaan akan perkasa golongan belia dengan pengetahuan yang tepat mengenai HIV/AIDS, langkah pencegahan dan isu berkaitannya.
Ini kerana situasi semasa kes HIV/AIDS di Malaysia menunjukkan peratusan laporan kes tertinggi adalah membabitkan golongan itu.
Untuk rekod, 74 peratus kes membabitkan golongan muda berumur antara 20 dan 29 tahun.
---
Kementerian Pengangkutan lancar Sistem Pembayaran Terbuka KTMB.
Ia kini tersedia di semua stesen Lembah Klang dan stesen Komuter Utara termasuk di Ipoh, melibatkan 80 stesen.
Ia membolehkan pengguna buat pembayaran guna kad debit, kat kredit dan e-dompet di pintu kawalan automatik.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather