← Back to list
Tiada tambahan hari bagi tol percuma - KKR
Mar 29, 2024
Tiada tambahan hari bagi tol percuma - KKR
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Kementerian Kerja Raya berkata perkara itu sudah dibentangkan di Kabinet dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.
Terdahulu kerajaan mengumumkan tol percuma diberikan kepada kenderaan persendirian sahaja pada 8 dan 9 April kecuali di Tol Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar.
__
2 juta kenderaan dijangka guna jalan raya PLUS Aidilfitri ini
Lebih 2 juta kenderaan sehari dijangka menggunakan semua rangkaian lebuh raya seluruh negara sempena Aidilfitri.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata angka trafik berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding hari-hari biasa.
Tambahnya, PLUS turut menyediakan lebih 4500 petugas dalam ekosistem lebuh rayanya sepanjang musim perayaan ini.
__
Kes stoking tertera kalimah Allah selesai
Patuhi undang-undang!
Itu peringatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung tindakan segelintir pihak yang kononnya cuba menegakkan keadilan berhubung kes stoking yang tertera kalimah Allah.
Tambahnya, kes stoking tertera kalimah Allah telah diselesaikan selepas beberapa individu dibawa ke mahkamah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather