← Back to list
Lelaki Warga Israel Didakwa Hari Ini
Apr 12, 2024
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di 10 kawasan Semenanjung serta 4 kawasan di Sabah dan Sarawak.
Antara kawasan terlibat adalah Perlis, Pokok Sena dan Sik di Kedah, Gua Musang di Kelantan, Mukah di Sarawak serta Tuaran dan Tenom di Sabah.
Suhu panas tahap berjaga-jaga bermaksud suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Sementara itu PBB beri amaran gelombang haba yang besar di Asia Timur dan Pasifik boleh akibatkan jutaan kanak-kanak berisiko justeru gesa tindakan diambil bagi lindungi mereka.
Pemantau global beri amaran bahawa 2024 bakal jadi tahun paling panas dalam rekod, diburukkan lagi dengan iklim ekstrem dan peningkatan pelepasan gas rumah hijau.
---
Lelaki warga Israel, yang ditahan kerana memiliki 6 pistol dan 200 butir peluru akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL hari ini.
Polis turut memaklumkan, tahanan reman suspek lain dalam kes itu akan disambung bagi bantu siasatan.
Untuk rekod, lelaki tersebut yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, 27 Mac lalu.
---
KTMB tawar pemulangan tambang penuh kepada penumpang yang tidak teruskan perjalanan susulan kejadian Perkhidmatan ETS tergendala Selasa lalu.
Terdahulu, tular dalam media sosial berhubung isu perkhidmatan ETS KL-Butterworth alami masalah teknikal dan terputus elektrik menyebabkannya terkandas beberapa jam.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather