← Back to list
Tingkatkan kawalan di sempadan menjelang Hari Raya Aidiladha - Mohamad Sabu
Apr 29, 2024
Tingkatkan kawalan di sempadan menjelang Hari Raya Aidiladha.
Gesaan itu dibuat oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Menurutnya ia bagi mengawal kemasukan haram haiwan ternakan seperti kambing dan lembu yang dikhuatiri membawa penyakit kerana tidak melalui proses pemeriksaan dan kelulusan Jabatan Veterinar.
Tambahnya ia juga boleh menjejaskan hasil pendapatan peternak tempatan kerana haiwan
ternakan haram ini dijual dengan harga lebih murah.
----
PDRM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi meningkatkan keselamatan di sempadan kedua-dua negara.
Ia ekoran insiden letupan bom dan bunyi tembakan dipercayai berlaku di beberapa wilayah Narathiwat awal hari ini yang mengakibatkan 4 anggota polis Thailand cedera.
PDRM berkata keutamaannya ketika ini adalah keselamatan penduduk dan anggotanya yang
bertugas di kawasan tersebut.
----
Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard didakwa atas dua tuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.
AJK Penerangan Bersatu itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.
Dalam pada itu, Chegu Bard juga akan didakwa di Mahkamah Johor Bahru esok dipercayai berhubung
kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather