← Back to list
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 keluarannya dalam pasaran dunia.
May 08, 2024
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 keluarannya dalam pasaran dunia.
Ini selepas syarikat itu akui vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.
Menurutnya keputusan itu dibuat atas sebab komersial dan vaksin tersebut juga tidak lagi dibenarkan untuk digunakan di Kesatuan Eropah berkuat kuasa semalam.
Permohonan pengeluaran turut akan dikemukakan di negara lain yang sebelum ini telah meluluskan vaksin itu.
.....
Pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, KL petang semalam sudah berusia lebih 50 tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa berkata kebanyakan pokok di ibu negara berusia sekitar 50 sehingga 80 tahun yang hanya menunggu masa untuk tumbang.
Perkara ini terjadi terutamanya ketika keadaan cuaca tidak menentu yang melanda negara ketika ini.
.....
DPB, DBKL akan lihat keperluan untuk kaji semula SOP pelihara pokok-pokok tua sekitar ibu kota bagi elakkan insiden pokok tumbang berulang.
.....
Sementara itu, kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian pokok tumbang itu sudah selesai dilakukan dan semua laluan sudah dibuka sepenuhnya.
.....
JPN jangka isu tunggakan cetakan MyKid selesai secara berperingkat di seluruh negara Julai depan.
Terdahulu, pihaknya berdepan masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 yang mengakibatkan penangguhan cetakan MyKid.
.....
Dan, JPJ berkata cawangannya di Wangsa Maju tetap beroperasi walaupun sebahagian bangunan akan ditutup ekoran siling bocor seperti video yang tular semalam.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather