← Back to list
Tanam semula 100 pokok baru - PM
May 15, 2024
Perdana Menteri arahkan DBKL menanam semula 100 pokok baru bagi setiap pokok yang terpaksa ditebang.
Ia selepas DBKL diarah menebang pokok yang berisiko tinggi berikutan dua kes pokok tumbang di KL baru-baru ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya sudah beri arahan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
__
Tiga rakyat asing yang didakwa ada kaitan dengan warga Israel yang ditahan di KL, telah dihantar pulang.
Ketua Polis KL, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata ia susulan siasatan ke atas mereka telah selesai.
Sementara itu, 7 suspek tempatan telah dibebaskan dengan jaminan polis, dan mungkin akan ditahan semula pada masa akan datang jika terdapat bukti baharu.
Lelaki Israel itu kini sedang menunggu perbicaraan atas kesalahan memiliki senjata api dan peluru yang menyalahi undang-undang.
__
Penunggang motosikal yang cedera terkena tali yang melintang di Lebuhraya SUKE baru-baru ini sudah membuat laporan polis.
Sebelum ini, penunggang motosikal itu membuat satu kenyataan viral di media sosial, menunjukkan luka pada dagunya akibat terkena benang di lebuhraya berkenaan.
__
Met Malaysia jangkakan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di seluruh negara petang ini.
Ribut petir dijangka tertumpu di kebanyakan kawasan di Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor dengan taburan hujan yang lebat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather